Tuesday, January 17, 2006

Gerimis di Malta

Bulan November 2004 aku agak banyak berada di luar negeri termasuk kesempatan untuk melawat Malta. Satu negara yang terkenal dengan produk pelancongannya. Aku tiba di lapangan terbang antarabangsa Malta pada awal pagi dan hanya tiba di hotel penginapan jam 3 pagi. Ini kerana penerbangan Air Malta dari London Heathrow yang sepatutnya berlepas jam 11 pagi tertunda selama 1 jam lebih.

Perkhidmatan Air Malta bagi ku ok tapi agak simple dan layanannya lebih seperti business as usual sahaja. Walaubagaimanapun, ku lihat ramai penumpang lebih minat untuk tidur dari menikmati hidangan yang disediakan. Tempat duduknya agak sempit bagi ku maklumlah naik kelas ekonomi kan. Hampir tiba si pramugara ni gatal membuka tempat menyimpan barang di atas tempat duduk ku dan satu beg telah menimpa kepala aku. Nasib baik tak bengkok kepala aku. Dia kemudiannya terus menerus meminta maaf. Terus terang aku tidak marah tapi sepatutnya ianya tidak berlaku lebih-lebih lagi di tangan seorang krew syarikat penerbangan.

Aku lihat orang Malta ini nampaknya agak laid-back dan mengambil masa mereka. Ini dikatakan mirip perangai atau karakter orang yang berasal dari negara kepulauan. Barang-barang di sini waaaahhh sungguh mahal. Tidak pernah rasanya aku menukar 100 USD dan hanya mendapat 30 Malta Pound iaitu tiga keping wang kertas sahaja. Namun bagi rakyat mereka barang-barang di sini adalah berpatutan kerana jika dilihat sepinggan hidangan adalah sekitar 4 atau 5 pound tapi kalau kita tukarkan matawangnya ...ish mahal sekali.

Pertuturan mereka agak menarik kerana seperti kedengaran pencampuran tiga bahasa iaitu Itali, Spanish dan Arab. Sesungguhnya dulu Malta pernah diperintah oleh Bangsa Arab. Tapi anehnya agak sukar mencari kesan-kesan peninggalan orang Arab di sekitar Malta. Yang lebih ditonjolkan adalah peninggalan kesan British. Satu-satunya Pusat Islam di Malta adalah disokong oleh NGO dari Libya. Imamnya pula dari Palestin manakala pengurusnya dari Libya. DiPusat ini ada sekolah untuk masyarakat Islam dan penduduk setempat. Yang uniknya cikgu-cikgunya majoritinya beragama Kristian dan mengajar kelas-kelas seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Namanya jugak Virgin Mary ke apa ... Baitul Mariam gitu.

Yang pasti Malta ini sungguh cantik permandangannya di kelilingi lautan biru. Bangunan-bangunan di sini dibina menggunakan batu kapur. Pulau Malta ini terutamanya Valleta, ibunegerinya seperti sebuah kubu yang besar di mana ianya menjadi pagar atau kota yang mempertahankan seluruh pulau ini. Pastinya ianya harus ditembusi untuk sesiapa yang berhasrat menguasai Malta.

Malta juga mempunyai banyak restoran yang rata-ratanya menghidangkan hidangan makanan Itali dan Mediterranean. Makanan Itali yang aku nikmati di dua tiga restoran di sekitar Valetta sungguh sedap. Restorannya juga agak simple tapi cukup menarik dengan berlatarkan permandangan Laut Mediteranean, lebih-lebih lagi di waktu malam. Tapi siapa sangka di sini juga ada seorang rakyat Malaysia dari Terengganu yang mengusahakan restoran masakan melayu. Masakan beliau enak dan sungguh asli. Mungkin satu-satunya rakyat Malaysia di Malta. Hebat jati diri beliau.

Satu lagi keunikan Malta ialah pandangan mereka mengenai hujan. Bagi kita hujan itu sesuatu yang kita senangi kalau takpun fenomena biasa. Bagi mereka hujan ini dianggap "bad weather" atau cuaca buruk seakan-akan seperti ribut.

Orang Malta juga nampaknya suka berlibur. Di hari minggu terutamanya pada malam Jumaat kelihatan muda mudi mereka keluar bersukaria hingga dingin hari. Kedengaran hinggar-binggar suara dan hilai tawa mereka sungguhpun jam sudah tiga pagi. Tidurku pun kerap terjaga ...

Queen Elizabeth juga disanjung tinggi oleh rakyat Malta setaraf dengan Agong kita.

Tapi ku kira Malta agak jauh dari hati rakyat Malaysia mungkin kerana jauh dan mahal. Kita mungkin mengenali Malta lebih dalam rangkain konteks keahlian di dalam pertubuhan Komanwel.

2 Comments:

Blogger Denise said...

bagusnya pengalaman kau dapt kau Malta.. yang aku tau hanya Maltese Falcon dan Guiness Malta.. namun tak silap aku, zaman dahulu lepas jatuhnya crusaders kingdon di antioch, jerusalem dan sekitarnya, knights templar telah melarikan diri ke Malta dan menjadi penaung atau pelindung di sana...

5:26 AM  
Blogger skalo said...

Benar sekali fakta kau itu

11:03 PM  

Post a Comment

<< Home