Kembali ke Sekolah
Mula 4 Januari 2006 aku kembali bersekolah kini di National University Singapore (NUS). 100 tahun dahulu ianya dikenali sebagai Universiti Malaya. Ramai tokoh negarawan kita dan juga Singapura lahir dari UM (Singapura) termasuk Tun Mahathir. Mengikut ranking terbaru NUS adalah Universiti ke 22 terbaik di dunia. Kelihatan ramai pelajar asing di sini dan juga tenaga pengajar asing.
UM kita dah terjatuh dari 100 terbaik ke 100+ terbaik. Tentunya ini perlu dilihat dengan lebih mendalam oleh pengurusan UM dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.
Dari pemerhatian singkat aku nampaknya NUS ini mendapat banyak sokongan kewangan utk R&D dsbnya. Keduanya, pelajarannya diajar dalam Bahasa Inggeris. Jadi ianya ada kelebihan dari banyak Universiti kita dari segi kewangan dan Bahasa. Tidak dinafikan UM juga banyak menghasilkan banyak kajian yang mendapat pujian bertaraf dunia. Jadi mungkin UM harus juga mengambil iktibar untuk membaiki rankingnya.
Mungkin juga tenaga pengajarnya harus lebih antarabangsa.
Memandangkan Bahasa pengantar kita adalah Bahasa Malaysia, mungkin tumpuan UM perlu kepada Siswazah peringkat Sarjana ataupun PHD. Banyakkan kerjasama dengan Universiti-unversiti ternama yang lain untuk kemajuan bersama. Ini ada kelebihan kerana ranking itu dibuat di kalangan ahli akademik asing yang terbilang.
Sebagai Universiti terulung di Malaysia, UM perlu dikenali lagi terutamanya dari segi tumpuan ke atas kajian politik atau sosioekonomi rantau Asia Tenggara. Tidak boleh harus ketinggalan. Takkan kita mahu terus mencari bahan rujukan mengenainya di Universiti-universiti di luar negeri! Bahan zaman kolonial dulu ya tapi sekarang kita harus punya kajian sendiri! Ini dinamakan niche bukan.
Sebagai alumni ITM, sudah pasti aku akan gembira sekiranya UiTM satu hari nanti akan tercatat antara 100 Universiti terbaik dunia. Semoga Universiti tempatan yang lain juga akan berada di sana .... Amin.

1 Comments:
aku hairan bagaimana universiti di malaysia tidak menjadi pusat kajian bahasa melayu atau kajian kebudayaan melayu yang unggulll... setau aku leiden, beijing dan wellington mempunya pusat sumber bangsa dan bahasa melayu yang lebih ternama dari UKM, UM atau apa sahaja...
Post a Comment
<< Home