Friday, September 21, 2007

50 Tahun

Aku berada di Stadium Merdeka pada malam 1 September atau tanggal 31 Ogos 2007 untuk turut sama menyaksikan Sambutan Raksasa Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia. Ramai yang hadir sampai penuh stadium. Tapi hampir separuh adalah peserta dan petugas. Hanya sebahagian yang dihadiri oleh rakyat awam. Namun, agak ramai diluar yang tidak dapat masuk kerana sudah tiada tempat duduk di dalam.

Tidaklah pula aku memberi tumpuan sangat semasa ucapan oleh PM dan Dato Seri Rais Yatim. Yang aku ingat bahasa Rais lebih klasik siap dengan pantun. PM terlampau meleret mungkin kerana ianya dibuat tanpa menggunakan teks ucapan. Mata aku lebih banyak lihat keliling stadium saja. Ada siap buat gelombang Mexico lagi ...

Tapi masa persembahan oleh peserta dan nyanyian aku beri tumpuan. Malam tu aku pun lupa berapa kali lagu Negaraku dimainkan. Setiap kali lagu patriotik dimainkan aku akan melihat ke kanan aku dimana rakyat biasa duduk. Semua bangsa aku kira ada ... Malah tak kurang yang membawa anak-anak mereka hingga yang bayi. Bila Negaraku berkumandang mereka semua turut menyanyi dengan bersemangat. Bangga aku melihat semangat kebangsaan mereka malah terharu pun ada.

Setelah hampir setengah abad Malaysia lahir kita sering baca dalam dada akhbar bahawa bangsa kita masih rapuh. Melayu hanya bergaul dengan Melayu sahaja dan Cina dengan Cina. Tapi, kalau dilihat pada malam itu malah pada malam "reherseal", persepsi itu seperti tersasar jauh.

Tapi kalau benar ternyata sekalipun nampaknya masih ada harapan buat Malaysia ....

MERDEKA!!!!

3 Comments:

Blogger Ayah said...

aku rasa kita belum ada perpaduan yang sebenarnya. sehingga masiha da sekolah jenis kebangsaan, kemajmukan masyarakat Malaysia sebenar sukar hendak dicapai.. itu juga bergantung kepada persepsi bahawa orang melayu diutamakan.. dua perkara ini, bisa menajdi penghalang atau bisakah menjadi pemacu kepada perpaduan sebenar... yang aku ingin buat anak-anak dan cucu cicit ku...

1:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tak Bisakah kau menunggu ku !! Lagu tu ka?? Aku rasalah perpaduan drastik sebenar yang mungkin kita boleh cuba try ialah ikut stail Argentina je! Kau ada nampak bangsa asil dia kat sana ke?? Semua putih-putih je macam mat salleh kat Eropah.

Kau tengok team bola depa mana ada yang kurang cerah? Sepesen je semua. Cuba pulak kita tengok team bola Peru ka Chile ka atau Brazil ka ... macam-macam kaler ada!

Tapi cara ni kang orang cakap HITLER pulak! Enschuldigung ...

7:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

hitler itu kejam.. macam dajal... sama aja dengan rejim zionis.. tak perlu begitu..ada banyak contoh kejayaan penbangunan dan pengurusan masyarakat majmuk di dunia yang boleh dicontohi

10:39 PM  

Post a Comment

<< Home