Friday, September 21, 2007

Cuci Kereta

"15 Ringgit basuh luar dalam" jawab pekerja pencuci kereta. Aku lalu berlalu sambil mengucapkan terima kasih dan mencari tempat letak kereta yang kosong di Alamanda. Nak kena beli baju raya ni .... nanti tak sempat balik nak berbuka lah pulok!!!!

Biasanya aku basuh kereta di Metro Kajang. 8 Ringgit sahaja tapi aku puashati dengan perkhidmatan mereka. Lepas cuci bila memandu keluar terasa semacam ringan pulak Waja aku. Hijau metalik (sebenarnya biru apa entah warna rasminya) nampak berkilau di bawah sinaran lampu kalimantan tempat cuci kereta tersebut.

Pekerja paling senior ialah berbangsa Cina tapi beragama Islam. Peramah orangnya dari Melaka. Siap pakai ketayap lagi. Kebetulan masa aku hantar dia kekurangan RM2. Jadi habis poket seluarnya dibuka. Malah dia tanya pekerja Bangla. Pun tiada mempunyai jumlah tersebut. Aku bilang nantilah bila saya ambil kereta kamu pulangkan bakinya kepada saya.

Masa ambil kereta aku diam aja. Ambil kunci dan masukkan barang-barang ke dalam but. Bila nak masuk tempat duduk aku, senior tadi tanya "Saya dah bayar balik ke???".

Aku kata tak apa lah. Memang dari awal lagi masa berjalan ke kereta aku dah terfikir mahu biarkan saja kalau dia tak ingat. Teringat pulak dia rupanya. Tapi bila aku menjawab demikian dengan pantas pula dia simpan balik dompetnya.

Masa aku di New York dan Arizona dulu kami pernah basuh kereta di kedai. Masuk lalu mesin basuh tapi vakum sendiri je. Tu di Tucson lah.

Di NY kebanyakkan macam kat sini. Depa basuh dan vakum secara manual. Tapi ada juga basuh lalu bawah mesin tu .... kemudian divakum macam di sini. Tak adalah pulak yang pakai bikini basuh ha ha ha macam dalam cerita-cerita tu ........

3 Comments:

Blogger Ayah said...

dulu aku cuci keta sendiri. dah tau sikit ni aku hantar kedai sebab usaha aku nak meminatkan anak-anak aku mencuci kereta tidak menjadi... cuci keta kat petronas. depa ada 8 orang pekerja asing yang buat... cepat betul tak sampai 1/2 jam dah siap...

lepas tu depa tutup.. aku pi kedai cina pekerja dia dua orang, 2 jam tak siap siap... benci betul aku... so last-last hari tu.. maid aku cuci... hihihi

1:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kau penaya maid kau ya. Masa aku kat Temasek dahulu kala, ada jugak aku nampak ramai maid-maid pagi-pagi buta basuh kereta majikan dia. Kesian jugak nampak sebab tempat aku tinggal ala ala kondo la. Jadi kena pi cari air semua. Air Johor ke air NewWater aku kuarng maklum la pulok ...

Cikgu aku memang marah betul sebab dia rasa kes sebegini ni melanggar hak asasi manusia ...

7:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

laaaa dah depa pembantu... depa bantu la cuci kereta... cikgu kau tu sapa? Abraham Lincoln ka?

10:37 PM  

Post a Comment

<< Home