Tuesday, September 04, 2007

Belati di belakang

"Orang Malaysia arogan!" itu tajuk koran yang aku baca selama berada 2 hari di Jakarta. Malah komentar sebegini masih kedengaran hingga hari ini sungguhpun aku sudah pulang ke tanahair seminggu yang lalu.

"Persepi atau realiti?" tanya pemikir yang disegani di Indonesia. Komennya lagi kalau tidak benar pun persepsi sebegini sememangnya merbahaya kepada hubungan kedua negara.

Ternyata persepsi bukan sahaja datangnya dari negara seberang. Malah di Malaysia juga ada persepsi pada bangsa Indonesia ini. Yang benar atau tidak adalah isu kedua.

"Kenapa Indonesia ini sensitif betul dengan Malaysia" pertanyaan yang selalu berlegar bukan sahaja di kepala ramai rakyat Malaysia malah bangsa asing lain juga.

Jawaban pemikir tadi "Malaysia adalah sahabat rapat Indonesia malah dianggap seperti saudara". Jadi bila berlaku insiden melibatkan rakyat Indonesia di Malaysia rasa peritnya seperti ditusuk oleh pisau di belakang ulas beliau lagi.

Gambaran ini sudah cukup buat aku faham betapa rumitnya hubungan ke dua bangsa ini ...

6 Comments:

Blogger Ayah said...

jangan kau lupa juga bahawa di sana persepsi itu mudah diaturkan. makanya perlu dipertimbangan permainan persepsi ini termasuk sumber-sumber untuk memenanginya.. lidah dan air liur sahaja tidak dapat memperjuangkannya.. seperti yang ku cobakan dahulu...

5:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

Yang pasti medianya cukup bebas untuk memalu agenda masing-masing. Seperti di Malaysia media-media ini juga dibelakangi oleh parti-parti atau individu politik tertentu .... Hubungan adik-abang ini perlu dikekalkan.

6:43 AM  
Blogger Mutiara said...

Pernah saya bertanya kepada seorang teman Indonesia. Apa yg dimaksudkan hubungan seperti bersaudara. jawabnya Indonesia sebagai abang dan malaysia sebagai adik, jadi malaysia pada persepsi orang indonesia, tidak harus "melebihi" indonesia.

6:37 AM  
Blogger Ayah said...

Memang ada yang merasa begitu. Tapi yang patut dibuat ialah mengambil kesempatan mengukuhkan yang sudah baik bukan berfikir mengenai apa yang membezakan dan tidak baik....

ada juga yang rasa Singapura tidak buleh melebihi Malaysia. Tapi kerana mereka memang maju, maka apasahaja komen ke atas mereka dianggap komentar orang iri hati....

7:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Orang Jawa sentiasa mereka lebih hebat di Nusantara... Bacalah sejarah mereka...

5:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aku setuju kita cari yang terbaik untuk kebaikan kedua negara dan rakyat masing-masing. Jadi kita teruskan ikut resepi kita sebagai negara yang berdaulat tak kira lah mereka abang ke kita adik ...

6:08 PM  

Post a Comment

<< Home