Sunday, September 23, 2007

Empire Brunei

"Will it be cash or credit card sir" tanya receptionist di meja utama (Front Desk) hotel Empire. Terkejut beruk jugak aku. Budak ni buat lawak ke? Brunei 315 tu caj bilik untuk satu malam. Kurang lebih dekat RM700 jugak tu. Kopak lah kredit kad aku kali ni. Kebetulan bulan lepas kencang jugak penggunaan perbelanjaan gaya era globalisasi ni.

"I thought the bill would be settled by my office" jawab aku kembali ala ala macho aku ha ha ha. "Err sorry sir my mistake. You are right." jawab beliau menghilang keresahan aku yang tidaklah sehebat mana.

Mahal gila tempat ni. Kalau aku datang sendiri memang tak tidurlah kat hotel ni yang menjadi kebanggaan Negara Brunei Darussalam ni.

Hari sebelumnya aku sempat minum petang dengan kawan aku di lobi hotel ni. Ianya dihidangkan secara bufet. Aku tidaklah makan banyak sangat tapi cukuplah nak mengalas perut sambil menunggu majlis makan malam. Ada cheese cake, pie, mee goreng, wantan, scon (betul ke eja ni) dan minuman anggur tanpa alkohol. Sekali pandang botolnya nampak macam botol wain. Tapi kat Brunei ni mana boleh hidang minuman beralkohol kecuali di rumah persendirian. Maklumlah konsep negaranya ialah negara Melayu Islam Beraja. Selesai makan kami bertukar bingkisan. Dia bagi aku kerepek udang Brunei. Aku bagi keropok ikan dari Kelantan.

Esoknya selepas check out aku bertolak dengan kereta ke Miri. Dekat dua jam juga perjalanan ke Miri kerana tidak semuanya adalah lebuhraya. Ada sebahagian tempat jalan dua hala biasa. Bagaimanapun, aku gembira kerana dapat lihat Brunei selain dari Bandar Seri Bagawan. Di kiri kanan jalan banyak hutan yang menemani. Suasananya tak tumpah seperti di Sarawak atau Sabah di kawasan pendalaman dengan bentuk rumahnya dan topografinya. Ada juga orang menjual hasil tanaman di tepi jalan. Tapi ada juga kelihatan banglo besar memperlihatkan gahnya. Selainya rumah kayu atau batu biasa.

Aku lalui Tutong, Kuala Belait hingga ke Sungai Tujoh di mana pos kawalan imigresen kedua negara bertemu. Di antara kedua pos inilah dua "Puteri Sunda" ditemui"!! Bila masuk ke Miri jalannya lebih besar sedikit dan suasananya nampak kesibukan sedikit dengan bilangan kereta di atas jalanraya dan bangunan-bangunan di tepi jalan. Tapi bab Miri ni cerita lain kut ....

Pada pikiran aku kedua pos kawalan baik di Malaysia ataupun di Brunei ini boleh dipertingkatkan lagi rupanya. Nampaknya biasa sahaja. Tidak bersemangat sepertinya pada pengamatan aku walaupun dilengkapi sistem komputer dan kamera semuanya.

8 Comments:

Blogger Ayah said...

pada hemat saya, brunei kalau turut sama mendesak kemerdekaan pada 1957, ungkin menjadi daerah besar. tetapi keutamaannya mungkin lain pada masa itu... brunei buleh menjadi lebih maju kalau diberi ruang dan tanah yang leih besar untuk membangun...

10:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aku rasa kalau mereka turut merdeka tahun 1957 takde la Sarawak dan Sabah masuk Malaysia kut! Tapi pun kecik kalau dibuat macam UAE boleh jadi besor jugok. Poketlah ... tanah susah sikitlah. Cumanya UAE agak strategiklah kalau dibanding dengan Brunei ni kedudukannya ....

7:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

eh depa kat tengah-tengah asia tenggara tu... and banyak hinterland... peluang untuk membangun memang banyak... kalau kita beri peluang bangunkan Miri dan Labuan as a corridor...

10:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tuan Anonymous,

Negara yang paling strategik di Asia Tenggara ni Singapura la sbb dok kat hujung nu semua kapai kena lalu ikut situ. Lainlah kalau ada terusan di Sgenting Kera tak pun sgenting Sg Golok!

Kalau hinterland tu jadi Brunei maka Malaysia akan punya 2 negara jiran di Pulau Borneo iaitu Brunei dan Indonesia. Tapi, Manila pasti akan bantah kemasukan Sabah dalam Brunei tu. Menarik jugak tu ...

5:30 AM  
Blogger Ayah said...

Pada saya tak payah la sampai nak menjajah tanah orang lain... cukup dengan membangun dengan sumber kewangan yang melimpah.... ala seperti membayar zakat...

7:14 AM  
Blogger Jo Kontan said...

Skalo,

Salam.

Kapan Masa di Tucson dulu ?

7:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

Singapura strategik? Memang.. aku merasakan bahwa sepatutnya Malaysia dan Indonesia itu jangan terlalu memberi perhatian kepada Singapura dalam mengurus negara masing-masing... namun jangan juga hilang kewaspadaan....

Apa yang perlu dari Brunei ialah sumber kewangannya.. dan balasannya ialah kata janji dari pemerintah Malaysia dan Indonesia bahwa keduanya menjamin integritas wilayah Brunei sebagai negara berdaulat...

9:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

JoKontan,
Gue di Tucson tahun 90 - 93. Lu?

Anonymous II,
Brunei harus pandai mengurus sumber kewangannya supaya kebajikan penduduknya sentiasa terjaga dan negara jiran juga turut dibantu dari segi pelaburan. Ada juga komen aku dengan Malaysia suka buli Brunei? Hmmm ... ?

5:46 PM  

Post a Comment

<< Home