Sabai Di??
"Sabai sabai" ialah lagu Thai yang agak popular sekitar 80an. Kebetulan dalam bulan Ogos aku berkesempatan bertemu dengan 3 orang rakan-rakan aku dari Thailand. Seronok juga bila bertemu mereka dapat kembali mengimbau kisah-kisah lama.
Pada malam dua hari sebelum Merdeka aku sempat minum kopicina (cappucino) dengan kawan aku dari Bangkok ni. Dia minum teh je. Kami minum dekat tingkat pertama di Starhill depan kedai cerut dekat lobi JW Marriot tu. Sekali sekala bergaya macam orang kaya lah sungguhpun poket tidak sanggup nak jengguk butik-butik kat Starhill ni.
Aku lihat ramai sungguh orang Arab lalu lalang. Mereka ni lah gamaknya yang berkemampuan membeli belah di sini. Macam-macam ada Ferragamo, Dunhill, LV dan segalanya. Yang aku tahu aku hanya mampu beli barangan berjenama ni di Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang sahaja aka Starhill dan Pavillion buat orang kebanyakkan.
Tapi tak pa lah. Deme ni semua membeli-belah tu baiklah untuk ekonomi negara. Kita semua ni kalau sabai sabai tu kira oklah ... janji jiwa kena gembira. Lagipun member aku yang belanja kopicina aku tadi ... he he he. Sedap pulak tu. Seminggu lepas tu sorang lagi belanja aku makan barbeku kat restoran Korea kat tingkat bawah tu .... Alhamdulillah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home