Balik Raya 1428H
Raya lalu aku bertolak dari rumah jam 2.30 pagi menuju KB. Bila lihat kereta yang nampaknya tidak sedikit di Lebuhraya KL-Seremban, aku dah mula cuak. Ingatkan tak ada orang nak balik pagi-pagi begini. Ramalan ku ternyata meleset setibanya di tol Gombak. Hadlaju 90km/j memang dipatuhi kerana rata-rata purata hadlaju kereta di atas Lebuhraya Karak ketika itu hanya sekitar 30km/j sahaja.
Sampai Genting Sepah barulah lega sikit kesesakannya. Walaupun lega aku sudah putuskan tidak akan lalu bandar Bentung dan Raub. Pakai jalan pintas sahaja melalui Mempaga. Seram juga bila kereta aku diikuti rapat oleh sebuah kereta lagi sehingga tiba dekat Pusat Serenti Raub. Rupanya dia hanya gunakan aku sebagai panduan sahaja. Mungkin mata pemandunya kurang cerah. Maklumlah jalan alternatif ni gelap dan banyak pulak koloni lembu atas jalanraya.
Selebihnya perjalanan balik kampung aku kali ini agak selesa cuma sedikit sesak di Padang Tengku. Selebihnya Alhamdulillah tak laju dan tak perlahan maklumlah ramai juga orang balik kampung.
Rata-rata aku dapati pemandu-pemndu kali ini agak berhemah dan tidak melakukan stunt ala Lewis Hamilton atau Kubica. Cuma adalah dua kereta ni yang macam beruk mak yeh sikit. Balik-balik aku tengok dua kereta ni jugak yang potong orang macam jalan tu dia punya. Bila pulak aku potong dia aku pun tak perasan. Mungkin masa mereka tu berhenti isi minyak ke buang benda.
Satu lagi yang aku menyampah ialah tengah rileks dok ikut satu kereta kancil ni tiba-tiba aku nampak penumpang di hadapan tu hisap rokok! Kurang asam betul! Patutlah banyak jugak sampah yang dia buang. Mesti kertas balut makan dia tadi ... Apalah! Harapnya dia tu betul-betul uzurlah sampai tak berpuasa. Meluat dengan perangai dia tu, aku potong keretanya!!
11 jam kemudian selamat tiba aku ke destinasi. Angkat barang masuk rumah aku terus tidur setelah berbicara sekejap dengan ibu dan adik aku .... Tahun depan tak raya di KB lah aku ....

3 Comments:
Aku rasa pengalaman akus elalu mudah sikit la... lagipon KL-JB straight aja. Yang menggangu selalu cuma kalau ada pembaikan jalan. Tersendat sikit...
Biasanya aku raya KL pagi dan tolak JB petang atau Suboh lepas raya. Kalau aku balik awal, sehari sebelum atau dua ke, aku cabut sebelum Suboh. AKu Solat Suboh kat Ayer Keroh. Balik aku prefer raya ke tiga atau ke dua... depends berapa hari aku nak stay.. raya selalunya 3 4 hari... kalau balik cuti biasa sehari dua aja... so, jarang aku terperangkap jem ni, dan smooth aja... malah maksalah aku ialah terbawak laju 140kmj.. tu yang kena bendera merah lepas Yong Peng tu...
Bendera merah tu sebenarnya kau offside la ....
oooo bendera merah bukan kena keluar padang ya? nasib baik ...
Post a Comment
<< Home