Thursday, November 22, 2007

2Xmiri

Lapangan Terbang Miri kelihatan seperti mini KLIA dengan gaya rekabentuknya termasuk kemudahan aerobridge. Ketibaan kedua kali aku ke bandar minyak Malaysia ini hasil selamat tibanya penerbangan MH2584 dari KL. Alhamdulillah penerbangan ini tepat pada masanya. Minggu lepas penerbangan aku ke Surabaya lewat sejam. Sebelum berlepas sempat juga aku sms kawan lama satu sekolah akan kedatangan ku.

Dalam kelajuan langkah aku menuju ke tempat mengambil bagasi ada 4 kaunter imigresen yang perlu semua penumpang lalui. Dua kaunter untuk rakyat Sarawak manakala selebihnya untuk penumpang lain termasuk dari Semenanjung. Terasa seperti aku baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya.

Namun, inilah hakikatnya hasil dari persetujuan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dulu untuk membentuk Malaysia 44 tahun yang lampau. Kalau dulu kena pakai paspot kini memadai mengunakan Mykad sahaja. Pegawai imigresen memberikan aku satu slip kertas di mana tertulis aku dibenar tinggal selama 90 hari! Tersenyum sinis aku. Menurut kawan aku tempoh tu dah kira amat baik. Beliau dulu diberi kebenaran tinggal selama 30 hari sahaja!!

Sambil menunggu kawan aku tiba, aku mundar mandir di lapangan terbang ini. Susah juga nak baca papan tunjuk dan pandu arah sebab suasananya kelam sekali walaupun aku lihat semua lampu menyala. Mungkin nak jimat kos barangkali. Maklumlah seperti KLIA, rekabentuk lapangan terbang ini mesra matahari. Jadi di waktu siang seingat aku suasana agak terang.


Kira-kira 2 bulan yang lalu aku menginap di Marriot Hotel, Miri. Tapi kali ini aku menginap di Hotel Imperial terletak di tengah-tengah bandar Miri. Marriot agak di pinggir kota tapi dekat dengan pantai. Cantik juga permandangan semasa matahari terbenam.

Banyak juga hotel di Miri ni tapi rata-ratanya bertaraf 3 – 4 bintang. Hotel Imperial ini bagus juga. Ada kemudahan wifi percuma di lobi. Bersebelahannya ialah Imperial Mall siap ada KFC lagi. Di seberang jalan berderetan kedai makan termasuk restoran Madli yang halal. Dapat juga pekena satay daging di Miri dibelanja member! Alhamdulillah … rezeki jangan di tolak!

Tapi yang tak syoknya bilik aku tak ada permandangan langsung! Tingkap ada tapi tak boleh buka. Aku tenung melalui cermin gelapnya tak ada sinaran lampu langsung pada malam hari. Bila siang permandangannya pun sama. Gelap cermin tingkap tu tak pudar barang sedikit pun. Aku rumuskan tingkap ni perhiasan sahaja !!! Di balik tingkap tu aku rasa dinding sahaja. Ceh !!

Bandar Miri ni besar juga tapi kemeriahannya sekadar jam 9 malam sahaja. Tak banyak kedai makan yang masih beroperasi terutamanya yang halal. Selepas 9 malam hanya pub dan tempat kaoroke sahaja yang masih membuka pintunya. Aku tidur sajalah lepas makan satay tadi. Dah kenyang. Lagipun keesokkan harinya pagi-pagi lagi tugas rasmi dah bermula. Selamat berjuang !!!

Tahu tak kat sini ada arca kuda laut dan Bukit Kanada.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Dari ita saudara, saya suka pekan Miri walaupun belum pernah ke sana. Saya putri-putri itu akan sehat diurus tuan majistret segala...

Tuan Majistret ada expertise?

8:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya pass MBBS dari L.E.M.B.U!!!

2:00 PM  
Blogger Ayah said...

apa kabar putri-putri itu? Sudah diletupkan kah?

7:25 PM  

Post a Comment

<< Home