Sunday, November 04, 2007

Songket ka?

30 Oktober 2007, Bandar Seri Bagawan

Sudah tiga hari aku berada di Bandar Seri Bagawan. Masuk lawatan ini, sudah 2 kali aku ke Brunei tahun ini. Sebulan lalu aku juga di sini. Seronok juga dapat bertemu teman seperjuangan dari Malaysia dan juga rakan-rakan kerja aku dari Brunei. Peluang untuk bertemu sebegini aku fikir harus dimanfaatkan untuk mengimbau kenangan lama dan juga merapatkan kemesraan. Siapa tahu bila lagi boleh berbual mesra sebegini. Tidak ketinggalan juga kesempatan untuk menjalin kenalan baru.

Inilah peluang ketiga aku berkunjung ke Brunei. Kali pertama pada tahun 2005.
Alhamdulillah juga dapat menumpang teduh di hotel Empire lagi. Sebelum terbang pulang hari ini sempat lagi sekali minum teh ‘tinggi’ ala zaman kolonial dulu dengan scon dan sandwich. Sambil itu dapat juga menikmati suasana matahari terbenam hilang ditelan Laut Cina Selatan.

Kali ini juga Alhamdulillah berpeluang bersiar-siar sebentar sekitar Serusop melihat kain ela. Tapi aku tak beli apa-apa pun. Entah kenapa aku lebih berminat untuk minum teh ais di sebelah gedung kain. Ada juga kedai mamak di Brunei rupanya. Berlainan dari Malaysia pekerja restoran ni semuanya orang Indonesia.

Di gedung kain tersebut tertarik jugak membelek songket atau samping. Gaya tenunannya seiras samping Brunei tetapi ditenung lebih dekat rupanya tenunan mesin bukan tangan. Tekaanku buatan Pakistan. Harganya pun murah sahaja 79 Ringgit Brunei! Tawar terus hati aku …. Yang menariknya orang Brunei beritahu pelik sungguh cerita songket ni. Orang Brunei suka beli songket Kelantan dan Terengganu manakala orang Malaysia sibuk nak beli songket Brunei.

Apapun ole-ole aku dari Brunei ialah belacan Kg. Umarang. Tak bau punya …… Belipun di rumah orang saja. Mimpi belacan dan Dayangku malam ini nampaknya!!! Awda bagaimana???

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya tersangat ingin menjejak kaki ke Brunei. Saya tersangat terbiasa dengan kehidupan yang seperti ketak di bawah tempurung. Insyallah... satu ahri aya berharap nak mengikut jejak langkah karavan ke setiap tempat yang dinyatakan...

karavan tak pernah masuk Tanah Suci ka?

9:54 PM  
Blogger skalo said...

Anonymous,

Tanah suci pernah juga buat umrah.

Jalan ni luas permandangan kata orang tua.

6:09 PM  

Post a Comment

<< Home